Breaking News
Loading...
Saturday, July 9, 2011

SOLAT 5 WAKTU

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....

kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada

masa lainnya kamu lupa padaNya. Jika sembahyang mu 10 minit,

cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam

10 minit itu pun kamu ingat selain daripadanya?

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
bagaimana lafaz ikrar mu kepadaNya. Tulen atau hanya sebutan

dimulut sahaja. Sama seperti burung kakak tua yang petah berkata-kata?

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padaNya yang telah memberi rezeki

kepadamu, menampung keluargamu , membeli rumah , kereta

dan sebagainya..  .tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih

tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada

teman-teman mu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan

dan bangsa mereka sedangkan kamu sendiri  tidak

tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu mu, kelulusan mu, amal ibadah mu

dan kehebatan mu berhujah. Sedangkan kamu belum tahu adakah

Allah redha dengan apa yang ada di sisi mu itu.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh mu,

menggunakan wang ringgit atau kuasa pangkat mu untuk menjatuhkan

mereka yang kamu tidak suka.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wang mu untuk

bersedekah ke jalan Allah dan berzakat kepada  mereka

yang memerlukan kerana takut wang kamu akan habis.
 
Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada teman mu

yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji atas usaha bersungguh-

sungguh mereka. Sedangkan kamu  berkerja hanya seperti

melepas batuk di tangga kerana gaji. Berperasan gigih

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan hak keluarga mu yang di rumah. Rezeki dibawa

pulang untuk mereka langsung tidak dikira sumber halal haramnya.

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
kamu masih merungut dan mencaci maki apabila ditimpa musibah,

Walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datangnya daripada Allah.
 Tidakkah kamu fikirkan kepada siapakah kamu mencaci itu??

Kamu mendirikan solat lima waktu tetapi....
majlis kulliyah ilmu untuk bekalan akhirat diabaikan tidak sepertimana mengejar ilmu duniawi mu. Muhasabah diri segera sebelum terlewat. Jangan hanya di akhirat nanti baru kesedaran. 


 Sekian, Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer